20122012
Selesai makan,
kami naik ke Masjid Parit Panjang. Tujuannya mahu solat. Di sini bertemu seorang
lelaki dengan mesra menyambut kami. Bertanyakan dari mana. Lelaki itu namanya
Haji Yaakob. Pabila saya menceritakan niat sebenar kami ke mari. Dia memberikan
respon yang cukup memberangsangkan dan meminta saya bertemu imam masjid Parit
Panjang. Haji Yaakob memaklumkan semasa kejadian itu dia bertugas sebagai
tentera di Taiping.
Masjid Omar Zuhdi (Guru As Syahid Ibrahim Libya) bersetentang dengan arah kubur Parit Panjang |
Saya akhirnya
diperkenalkan kepada Tuan Imam Haji Abdul Wahab bin Hasan berusia 74 tahun.
Matanya merenung
mata saya, kemudian merenung jauh ke arah pusara As Syahid Ibrahim Libya. Ada
kesayuan dari air mukanya. Sememangnya dari masjid ini boleh dilihat selepas
seberang jalan, tanah lapang bersebelahan Petronas, sebelah hadapan sedikit di
situlah tanah perkuburan Parit Panjang.
“Ustaz Ibrahim
takde apa pun.”
Lambat
dan lembut Haji Abdul Wahab bertutur. Memandang wajah saya, kemudian
mengalihkan matanya kepada pena dan buku catatan saya. Kata-katanya saya rakam
melalui penulisan. Walaupun perkembangan teknologi yang pantas, kebanyakan
orang lebih suka menggunakan rakaman audiovisual. Saya lebih gemar melalui
penulisan.
“Dua minggu
sebelum kejadian, saya dengan arwah ustaz Zahari Abdul Razak! Masa tu Ustaz
Zahari pesuruhjaya PAS Kedah! Kami pujuk Ustaz Ibrahim serah senjata!”
Ceritanya lambat.
Kata-kata ini
membuatkan dahi saya berkerut. Menurut catatan KERTAS PUTIH MEMALI yang
dikeluarkan oleh pihak kerajaan As Syahid Ibrahim Libya dituduh memiliki
senjata api dan Madrasah di Memali dikatakan ada kubu. Apakah benar Ustaz
Ibrahim memiliki senjata dan menentang kerajaan menggunakan senjata?
“Banyak ke
senjatanya Haji?” Tanya saya juga dalam keadaan setenang mungkin.
Segera di
jawabnya soalan itu dengan gelengan kepala. Lambat tetapi pandangannya menyentuh perasaan.
“Senapang patah
biasa jaa! Satu laras je! Senapang tu pun sudahnya serah pada Polis!” Jawapnya
dengan loghat Kedah. Saya mencatat agak laju segala buah butir yang keluar dari
mulut Haji Abdul Wahab. Melihat pena di tangan saya berhenti mencatat, dia
menyambung lagi.
“ Dok bohong
kalau kata takde senjata! Parang, pisau tu ada la masa kena serang. Itu senjata
orang kampung! Senjata api takdak ahh!” Tuturnya lagi.
Saya berfikir
secara logik. Semestinya ada parang dan
pisau. Keperluan asas penduduk kampung. Saya sendiri sebagai anak kampung ada
menyimpan parang bersarung yang dibawa semasa pergi memancing. Bayangkan tempat
ini pada tahun 1985, tentu hutannya masih tebal. Hingga hari ini pun jika anda
ke Parit Panjang mahu pun Memali, hutannya masih tebal.
“Kata ada kubu
di Memali, macam mana Haji! Ada?” Soal saya melihat dia merenung jauh.
Sekali lagi dia
menggelengkan kepala. Sayu yang belum terusir di wajahnya (kenyataan memali ada
kubu berdasarkan catatan KERTAS PUTIH MEMALI oleh pihak kerajaan)
“ Ustaz Ibrahim
takde apa pun. Ilmu agama dia ajaa! Pengaruh dia kuat laa! Dia cakap orang
ikut! Masa tu ramai yang ikut dia!” Haji Abdul Wahab menambah lagi.
Lelaki berjubah ini bernama Ustaz Fakhrul Razi Guru Maahad Tahfiz Yayasan Al- Huffaz. Jasa baiknya kami pulangkan kepada Allah untuk membalasnya baik di dunia mahupun akhirat. |
Selepas
mengumpul maklumat tersebut. Haji Abdul Wahab pulang dan Ustaz Fakhrulrazi
sudah berdiri menanti saya. (Ustaz Fakhrulrazi mengusahakan sebuah pusat tahfiz
Al-Quran di sini. Nombor telefonnya diberikan oleh Ustaz Sukiman yang bertugas
sepejabat dengan saya)
Sementara Haji Yaakob mengambil nombor telefon saya dan memaklumkan akan membantu
mempertemukan saya dengan Ustaz Harun Bin Mat Isa yang mengajar di Yayasan Qariah di Kupang,
mangsa yang terlibat dan ditembak. ( Khabarnya masih berbekas dan ada kesan tembusan peluru di
tubuhnya)
Kami berpisah
setelah Ustaz Fakhrulrazi memberikan nombor dan alamat tempat rumah tumpangan
untuk kami bermalam nanti. Selepas itu saya menuju ke Kupang yang kira-kira 30
minit perjalanan dari Parit Panjang.
Insya allah!
Bertemu SIRI 3 KEMBARA MEMALI
(Menggali kebenaran yang ditimbus)
- Gangguan mistik untuk kami
sekeluarga di Kupang & Bertemu Tuan Guru Haji Salleh Musa. Mengapa As Syahid Ibrahim Libya tidak dikebumikan di Memali sebaliknya di Parit Panjang. Siapakah beberapa individu penting yang mempertahankan jenazah As Syahid Ibrahim tidak perlu dimandi dan dikapan kerana syahid.?
0 ulasan:
Post a Comment