Awal mulanya memohon maaf kerana agak lama terhenti di bawah label Anti Zionis. Dua hari lepas sebelum berbuka ada sahabat yang menghubungi saya melalui chat di FB, menyatakan tidak berapa selera menjamah hidangan berbuka kerana teringatkan rakyat Palestin yang berbuka dengan roti kering. Sahabat bernama Mohd Syahmi yang peka dan terasa dengan perjuangan di Palestin. Tahniah!
Perjanjian Oslo bukan sebagai titik mula tetapi melanjutkan kesengsaraan. Bukan juga memadamkan api pejuangan. HAMAS tetap HAMAS. Tiada istilah kekalahan, yang ada dua konsep dalam perjuangan menegakkan syiar Islam iaitu mati syahid atau menang. Perjanjian Oslo merupakan hasil pertemuan sulit pemimpin PLO dan rejim Zionis. September 1993 berlangsung perjanjian yang menjahanamkan Palestin ini.
Menurut Dr. Muhsen Salleh di dalam tulisannya 'Masyari' al-Taswiyah al-Silmiyah li al-Qadiyah al-Filistiniyah (1937-2001). Perjanjian Oslo digerakkan semenjak 1990. Disolekkan dengan nama memberi hak kepada rakyat Palestin yang menyebabkan suasana tidak aman kepada warga Zionis. Kononnya sebagai usaha komited Zionis untuk kedamaian di Palestin. Lalu ditandatangani oleh Mahmoud Abbas mewakili pihak Palestin dan Zionis diwakili Shimon Perez, bertempat Washington pada 13 September 1993. Abbas ketika itu Setiausaha Kerja PLO dipilih oleh Arafat mewakilinya.
KANDUNGAN OSLO 1993
1. Rakyat Palestin akan diberikan pemerintahan autoriti di Gaza dan Tebing Barat selama lima tahun.
2. Sebelum bermulanya tahun ketiga pemerintahan autonomi, sempadan terakhir akan diletakkan bagi Gaza dan juga Tebing Barat. Ia akan menjadi sempadan kekal berdasarkan Resolusi Majlis Keselamatan 242 dan 338
3. Dalam tempoh dua bulan daripada tarikh perjanjian, kedua-dua belah pihak hendaklah bersepakat bagi mengundurkan rejim Zionis daripada Gaza dan Jericho
4. Selepas sembilan bulan daripada pemerintahan autonomi, satu pilihan raya perlu diadakan bagi memilih kerajaan PA yang berkuasa di wilayah autonomi. Menjelang pilihan raya itu, tentera rejim Zionis (IDF) perlu berundur dari kawasan penempatan rakyat Palestin.
5. Kerajaan autonomi Palestin hanya berkuasa di Gaza dan Tebing Barat sahaja. Namun, mereka tidak boleh mencampuri urusan hubungan luar dan juga tidak boleh membina kekuatan bagi menangkis ancaman dari luar. Mereka juga tidak berkuasa di kawasan penempatan Zionis di Gaza dan Tebing Barat. Mereka juga tidak mempunyai hak ke atas Baitulmuqaddis dan Masjid al-Aqsa.
6. Rejim Zionis atau kerajaan Israel mempunyai kuasa veto bagi membatalkan apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Legislatif PA.
7. Apa yang tidak dapat diselesaikan melalui perjanjian damai dapat diselesaikan melalui rundingan bersama yang lain.
8. Penyerahan kuasa akan berlaku secara berperingkat.
9. PLO dan PA tidak lagi dilabel sebagai 'pengganas' selagi kuasa mereka hanya bagi menjaga keamanan rakyat Palestin. Mereka juga bertanggungjawab menghalang apa sahaja usaha bersenjata ke atas rejim Zionis daripada mana-mana pihak rakyat Palestin.
Ayat yang digelapkan menunjukkan penganiayaan dan kerugian yang nyata kepada pihak Palestin. Kata mudahnya bumi Palestin tergadai dan kuasa Palestin juga terhad sekadar di Gaza dan tebing Barat. Tindakan Arafat dan PLO sebenarnya membelakangkan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Segalanya hanya meluaskan jajahan Zionis.
Secara tidak langsung, Palestin akan terbiar tanpa zenjata jika diserang Zionis. PLO menjadi badut dan budak suruhan Zionis bagi mengekang kemaraan rakyat Palestin. Selepas sahaja perjanjian ini, PLO terus membuat operasi menangkap pejuang Palestin, HAMAS dan jihad Islami menjadi target. Pasukan yang menangkap pejuang-pejuang Palestin ini dilatih oleh tentera Zionis dan juga tentera Jordan.
Perjanjian ini seakan memberi hadiah untuk Zionis supaya melanyak rakyat Palestin secara berlesen. Rakyat Palestin terus kehilangan hak dan tanah air mereka secara tertib melalui OSLO (1993). Pengkhianatan dan dosa yang perlu dijawab oleh pihak PLO. Insyallah pada tulisan akan datang kita akan melihat TINDAKAN HAMAS TERHADAP PERJANJIAN OSLO.
1 ulasan:
Assalamualaikum..
saya pelajar uitm jurusan sains pentadbiran. saya telah ditugas kan untuk membuat tajuk oslo agreement. bila saya google, blog saudara mengandungi maklumat yg terperinci mengenai tajuk saya. boleh kah saudara izin kan saya share maklumat tersebut sebagai rujukan tugasan saya? kalau saudara sudi, boleh kan saudara berkongsi serba sedikit lagi tentang oslo agreement ini. harap saudara dapatmembantu saya.
disini saya sertakan email saya sekiranya saudara ingin menghubungi saya syariffahnuraqilah@yahoo.com
sekian. :)
Post a Comment