Entah! rasanya telah berfikir panjang untuk berkongsi lara dan pilu jiwa di blog yang dihadiah sahabat ini.
"jangan tulis! ada risiko" kata seorang sahabat bila aku mengusulkan untuk meletakkan isu ini di blog. Apalah yang hendak ditakutkan selama merasa Allah akan melindungi kehidupan kita. Mana lagi hendak kita pergi. Hidup tujuannya mati. Takut untuk berbicara kebenaran???. Tidak.
Bermula aku meragau segala data dan foto berkaitan FB Para Syuhada Memali sambil mengenang satu ketika dahulu aku mendapat maklumat berkaitan Ibrahim Libya: berbelas tahun dulu melalui Ridzuan pelajar Sains Politik berasal dari Kedah yang sebilik denganku semasa merentasi alam kampus. Tidak sejelas ini bila zaman teknologi semakin memakan kebatilan secara tidak langsung. Sebentar tadi airmataku tumpah lagi. Sungguh! ini bukan yang pertama setelah beberapa kali memesrai ucapan Ibrahim Libya (FB Para Syuhada Memali) dan video lagu untuk Memali melalui FB Syah Mi.
(untuk mendengar ucapan dan lagu itu boleh ke FB- Pujangga Seni dan boleh juga ke FB -Syah Mi -maaf masih peringkat belajar mengurus blog) Sehingga catatan ini dibuat aku masih berlatar belakangkan lagu dari FB Syah Mi
Kita sama sekali tidak dapat meminda takdir. Namun terfikir juga di persada akal, apakah tidak ada kaedah lain dalam menyelesaikan isu ini. Tidak bolehkah dikepung dan ditangkap hidup-hidup dan kemudian didakwa jika benar As-Syahid Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya ada melakukan kesalahan mengikut lunas perundangan negara. Apa perlunya kereta kebal dan senjata berat untuk menentang As-Syahid Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya. Seratus hari selepas kembalinya ke sisi Allah berlaku sesuatu dalam pentadbiran negara, bila orang no 2 meletakkan jawatan.
Secara peribadinya apa pun parti yang diperjuangkan Ibrahim Libya, ini bukanlah kaedah yang bijaksana. Apatah lagi gerakan yang diperjuangkan lebih kepada berkiblatkan Al-Quran, Hadith dan Sunnah. Mendengar ucapannya
menyemarakkan semangat perjuangan, menebalkan rasa kecintaan kepada Allah dan RasulNYA. Aku tidak ingin mengulas pasukan mana yang terbabit, jumlah tentera dan polis ke sana, peringkat awalnya operasi apakah yang dimaklumkan kepada pihak keselamatan. Segalanya boleh dimiliki di FB Para Syuhada Memali.
Natijahnya kita belajar bahawa kebenaran tidak dapat disembunyikan. Meski segalanya telah 24 tahun berlalu, semakin jauh kita meninggalkan peristiwa Memali semakin kebenaran terbukti melalui perkembangan zaman IT ini. Sungguh sambil mengesat airmata ini lirik lagu Syah Mi terus berkumandang
" Tragedi Memali jangan pernah dilupakan.
Tragedi Memali jangan mudah memaafkan,
pembunuhan kejam itu...
di manakah keadilan untuk para syuhada ini
di manakah pembelaan untuk mereka.....
"Kami yang masih hidup di bumi ini,
akan terus mengenang dan memuja keberanianmu
pengorbananmu, para syuhada, para syuhada, syuhada....
Untuk kesekian kalinya airmataku terus meluncur laju sambil disaksi oleh putera puteriku....
0 ulasan:
Post a Comment