Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Sunday, June 6, 2010

PERGINYA SEORANG SAHABAT (PENCINTA SUKAN SEPAK TAKRAW)


Aku sedang memberikan tazkirah usai mengimamkan solat jemaah Fardhu Maghrib bersama anak-anak didik Pendidikan Khas di Perkhemahan Gabungan Pendidikan Khas yang berlangsung di Pusat Rekreasi Air Panas, Labis Segamat. Tazkirah berkaitan mati. hidup temunya kematian. Sakitnya mati tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Tiba-tiba sedang ghairah bercerita bagaimana perjalanan Rasulullah saat menghembuskan nafas terakhir telefon bimbit berbunyi. Melihat nama di skrin telefon 'Rashid Kuda'. Panggilan daripada rakan yang sama meminati sukan sepak takraw. Selepas menjawab salam Rashid  aku pantas berkata "Aku call kau balik nanti ya! aku tengah tazkirah dengan budak la!" Rashid jelas tidak mengizinkan "ehh! sekejap Rul! ada berita tak baik!" Aku pula hilang sabar "Apa dia?" Rashid pantas menjawab "Ramlee Ayub dah meninggal!"
Innalillah... Aku terkedu seketika. Sejurus itu meminta semua anak-anak murid dan guru-guru yang bersama menghadiahkan Al-Fatihah untuknya. Selesai solat Isyak aku meninggalkan kem perkhemahan. Sepanjang perjalanan keluar dari Pekan Air Panas mahu ke Bandar Segamat, aku terkenangkan segala kenangan bersamanya terutama musim PSKPP (Pesta Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan) dan sepanjang membawa murid-murid daerah Segamat ke peringkat negeri. Arwah tidak pernah tidak terlibat dalam hal-hal sukan sepak takraw kerana beliau merupakan Pengerusi Teknik Sepak Takraw Daerah Segamat. Airmataku meluncur laju sepanjang perjalanan sehinggalah ke Labis. Labis ke Segamat aku dapat mengawal diri dengan membaca Al-Fatihah beberapa kali untuknya.

Sebelum sampai ke bandar Segamat, aku sempat menghubungi beberapa rakan yang terlibat dengan sepak takraw yang mengenali dan pernah bersama Ramlee. Disebabkan Ramlee menghembuskan nafas terakhirnya di Johor Bahru, asalnya aku memberitahu isteri aku mahu naik ke Johor Bahru malam ini juga bersama Cikgu Yazie. Namun Cikgu Nasir yang sudah berada di Johor Bahru memaklumkan jangan tergesa-gesa kerana kemungkinan jenazahnya akan dibawa pulang ke Segamat malam ini juga. Difahamkan arwah meninggal dunia selepas maghrib di bilik penginapan. Arwahnya mengadu sakit dada dan dimaklumkan pemain-pemain skuad sepak takraw Johor sukma yang dilatihnya bersama di dalam bilik penginapan itu.....
Akhirnya Cikgu Nasir memaklumkan jenazah sedang diuruskan oleh abangnya Fauzi dan Bakar akan dibawa pulang malam ini juga. Aku tentu sekali tidak dapat melelapkan mata. Kenangan dan gurauan, kisah kejayaan bermain sepak takraw samada PSKPP mahupun menyertai pertandingan sepak takraw terbuka menghimbau wajah dan keletahnya.


Ramlee bukanlah satu nama asing dan kecil dalam dunia sepak takraw negeri Johor mahupun negara Malaysia. Kebolehannya di dalam gelanggang juga terbukti meski dalam usia 44 tahun, kawalan bola dan servis yang mengelirukan cukup digeruni pihak lawan. Banyak kisah kejayaannya untuk negeri dan negara. Beliau pernah bermain untuk Malaysia tika berusia 16 tahun lagi dalam pertandingan sepak Takraw Asean Champion School. Pernah skuad Sukma Johor yang dilatihnya menjadi johan. Sepanjang saya bermain untuk PSKPP daerah yang mana semua pemain-pemain dibawah bimbingan arwahnya. Segamat pernah beberapa kali menjadi johan peringkat negeri bagi permainan  tersebut dalam sukan dunia pendidikan.
Saya menghidupkan enjin kereta jam 2.05 pagi setelah menerima makluman daripada Cikgu Nasir bahawa jenazah Ramlee mula bergerak dari JB pukul 11.30 malam. Anggaran jenazah itu akan sampai dalam jam dua kerana van membawa jenazah tidak akan boleh membawa dengan kadar kelajuan biasa. Ketika saya sampai di rumahnya jam lebih kurang 2.15 pagi dan jenazah Ramlee memang baru benar dibawa masuk. Melihat jenazahnya dibuka dan saudara Bakar mengelap wajahnya dengan kain basah. Kemudian apabila isterinya menatap sambil mengusap dan membelai wajah arwahnya, kesayuan begitu jitu menerjah jiwa saya. Apabila isterinya memberikan kucupan agak lama di dahi arwahnya, saya segera keluar mengesat bagi menghapuskan airmata yang tumpah.
Apabila segalanya mula aman, bacaan Yasin dimulakan, saya mengambil tempat dan membacakan khusus untuk arwahnya. Di belakang saya turut sama Cikgu Nasir dan ustaz Erwan (Kulai). Selesai bacaan saya menghadap wajah cikgu Ramlee. Kain penutup wajahnya dibuka. Saya tatap sungguh-sungguh kemudian tangan kanan menyentuh dahinya. Terlalu sejuk dan akhirnya saya berikan ciuman di dahinya. Sayu dan pilu perasaan hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Esoknya Khamis, saya ke rumah arwahnya hampir jam 10 pagi. Sudah ramai sanak-saudara dan sahabat handai menziarahinya. Pemain-pemain Sukma Johor yang dilatih juga  hadir dan mengikutinya sehingga arwah disemadikan. Saya juga mengikutinya sehingga selesai. Arwah disemadikan di tanah perkuburan Kg Berata, Segamat. Apabila segalanya selesai saya terus memerhati isteri dan anak-anaknya yang masih berada di pusara menyiramkan air berisi bebunga. Hati saya berbisik semuga kau tabah wahai ibu dan anak-anak yang akan meneruskan hari muka tanpa insan tersayang ini!. Harum kemboja melengkapkan kepiluan dan kesayuan. Jenazah Cikgu Ramli Haji Ayob, sudah selamat disemadikan.Semuga beroleh kerahmatan dan keamanan dari siksa kubur sahabatku... Kau pulang ke sini dulu, esok aku juga akan menyusulmu; Al-Fatihah...

7 ulasan:

Anonymous said...

kenangan bersama pakcik yang digelar "cik ram" sentiasa dalam ingatan..=((

nadzirah ramlee said...

semoga abah dtempatkan di kalangan org yg soleh dam beriman wahai ayahanda ku tersayang,,
sememangnya pemergian abh membawa suatu perubahan yg sgt BESAR dalam hidup kami wahai ayahanda,sesungguhnya keberadaan abah di dunia ini adalah salah satu ciptaan ALLAH yg TERsangat tinggi nilainya,,SUCI hatinya,,MAHAL budinya,,mungkin kerana itu,ALLAH lebih menyayangi abah..ALLAH mengambil abah terlebih dahulu,,tidak mengapa kata hati ini,,
Moga - moga kita sekeluarga berjumpa di alam indah di sana ya abah ,,kami semua rinduuuukan abah sangat-sangat !!!!

Anonymous said...

abah, angah sentiase doakan abah.. Angah sayangkan abah sangat2.. rindukan abahh.. semoga abah ditempatkan di golongan orang2 yang beriman.. Al-Fatihah.. -Shahira Ramlee

Anonymous said...

semoga shera n kak nad kuat.
kami di sukses malam ue trut merasa.
sayu sgt mlm 2.
esk na pkse,ckgu wt annoucement.
cdeyh sgt =(

hizam said...

aku mengenali nya kerana sama2 mengajar di kulai kemudian sama2 mengambil kursus sijil perguruan khas pjpk di mpti pada tahun 1995. selepas itu hubungan terputus kerana allahyarham berpindah ke segamat namun ada juga sesekali berjumpa pabila ada pertandingan peringkat mssj. kali terakhir berjumpa dgn allahyarham semasa karnival sukan mssj di daerah tangkak. aku sempat menegur allahyarham knp kau kurus sangat allahyarham menjawab dlm senyum aku biasa jer. aku ada mendengar berita seorang jurulatih takraw sukma johor meninggal dunia tapi aku tak menyangka sama sekali ianya sahabat ku itu. hari ini seorang rakan datang ke ppd kulai semasa minum dia memaklumkan bahawa seorang rakan lama kami baru sahaja meninggal dunia semalam. aku sedia maklum memang rakan itu ada penyakit sejak dulu lagi. apabila rakan itu memaklumkan bahawa ramli juga dah meninggal aku jadi terkedu. rupa2nya semasa di tangkak itulah kali terakhir allah mempertemukan kami. al fatiha semoga dilepaskan dari seksa kubur diterangkan dan dilapangkan kuburmu diangkat darjatmu di sisiNya. ya Allah cucurilah rahmat sahabatku ini. kepada keluarga yg ditinggalkan semoga tabah menghadapi ujian allah.

NAN said...

Asmkm bro.... Entah kepana malam ini begitu sayu, lalu aku buka fb Arwah... Dah lama tak ada entry baru arwah kat wall dia... sekadar menjengah dan aku nampak link blog ni... Kasut Adidas yang arwah pakai masih ada aku simpan. Kadang kala menitis juga air mata bila mengenangkan bagaimana usaha nya dia untuk memiliki kasut tu. Alhamdulillah aku jelmakan juga keinginnannya. Kalau tidak... sesungguhnya pasti aku akan menyesal sepanjang hayat.Kasut Adidas, T shirt pemberian Arwah sms2 terakhir dan sesi "the last supper'( Serta banyak lagi..). Jadi bagi tahu aku macam mana aku boleh lupakan dia...

masmurni said...

terkejut sebenarnya..rakan sejawat semasa mengajar di sekolah menengah pemanis..Al-Fatihah..semoga tenang beliau di sana ..Amin..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails