Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Friday, November 5, 2010

BULAN TIDAK MENGAMBANG DI GALAS

Keputusan penuh dan rasmi pilihanraya kecil DUN Galas sudah diketahui umum dengan memihak kepada BN. Keputusannya secara tepat begini: Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas, Wan Mustapha Wan Ab Hamid mengumumkan Abdul Aziz 5,324 undi dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad  mendapat 4,134 undi. Calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff menang dengan majoriti 1,190 undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas. (Sumber :Bernama)

 Sesungguhnya DUN Galas merupakan kubu kuat BN semenjak sekian lama dan kerusi itu diserahkan sementara kepada PAS hanya pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu. Melalui Chek Hashim Sulaiman, 46, yang memenanginya pada pilihanraya yang lalu dengan majoriti tipis 646 dan kemudiannya dijemput pulang ke barzakh oleh Allah pada 27  Sept akibat barah usus. Jika dianalisis melalui angka Pas pun bukanlah berada dalam keadaan tenat kerana undi merosot sebanyak 265 sahaja (4399 – 4134). Cumanya peratus keluar mengundi yang agak tinggi 83 peratus. DUN Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar.

Banyak sahabat-sahabat yang bersedih dengan kekalahan ini lalu meluahkannya kepada saya melalui laman chat FB, rangkaian komunikasi sms. Bagi pihak diri saya mudah sahaja. Kita terima kekalahan dengan redha, hati terbuka dan berlapang dada. Sungguh perjuangan menentang kebatilan tidak semudah kita mengucapkan kata-kata. Terlalu banyak ranjau dan durinya. Lalu mengingatkan diri sendiri dan para sahabat yang sealiran bolehlah kita sentiasa tenang dan redha;

1.      Sentiasa bersangka baik kepada Allah swt. Sungguh kita telah berdoa dan berusaha maka jika Allah menangguhkan doa dan ikhtiar, kita itulah yang terbaik untuk kita. Perancangan Allah itulah yang terbaik dan sempurna untuk kita.

  1. Pengundi-pengundi  di Kelantan saya anggap pengundi yang bijak dalam menentukan lanskap politik negeri mereka. Kekalahan ini tidak mengugat kerajaan negeri yang diterajui oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Ertinya kekalahan ini tidak dapat menumbangkan kepimpinan Ulama di Kelantan.
  1. Sementelah segala janji-janji boleh menjadi peluru untuk kita menjelang pilihanraya umum ke 13 sekiranya mereka gagal menyempurnakan apa yang dijanji. Jika mereka bertungkus lumus menyempurnakan satu keberuntungan untuk rakyat Kelantan di DUN Galas.
  1. Masa untuk kita sendiri bermuhasabah dan memperbaiki diri sendiri. Ketahuilah kritikan seorang sahabat lebih untuk menjaga hati dan kritikan dan henteman musuh itu adalah manifestasi jujur dan kita harus menerimanya dengan terbuka dan berusaha memperbaiki diri. (Cumanya jangan patah semangat dengan kritikan!  perjuangan tetap akan diteruskan selagi ada nadi)
  1. Banyak kisah perjuangan dan iktibar dari zaman Rasulullah saw dan para sahabat yang boleh kita jadikan motivasi diri supaya jangan terlalu bersedih dan berasa keciwa. Rasulullah saw menang perang Badar dan kemudiannya tewas dalam perang Uhud, segalanya tidak pernah melunturkan semangat. Segala yang berlaku ada hikmah yang tersendiri.
  1. Ini adalah sunnah dan asam garam perjuangan. Menang dan kalah adalah permainan. Cuma kita perlu sentiasa ingat perjuangan menegak hak, menentang batil bukan semata-mata isu menang dan kalah sebaliknya benar dan salah mengikut Al-Quran dan Hadith. Yakinlah para sahabat sampai masanya zaman kegemilangan pemerintahan yang berteraskan Keislaman akan memperolehi kemenangan. Ditangguhkan untuk kita memperbaiki diri ke arah pemerintahan apabila menang kelak. Insyallah!.
  1. Kita sedar apabila berlakunya pilihanraya kecil, kita terpaksa menentang segala jentera, taktikal dan teknikal yang kadang-kadang bukan dilaksanakan berasaskan kejujuran dan secara gentleman. Ya! Menentang kekuasaan yang telah berusia 52 tahun memegang tampuk pemerintahan. Tidak mudah! Namun bukan mustahil untuk kita menang pada pilihanraya akan datang.
Akhirnya apa pun (diulangi); sentiasa bersangka baik dengan Allah kerana kekalahan ini menyimpan seribu satu macam hikmah yang kekadang tidak tertangkap oleh akal kita yang bersifat terbatas.

Apa pun tiada istilah ‘mengalah’. Perjuangan tetap diteruskan selagi roh masih di dalam jasad.’

Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!!!!!!
Allahuakbar!!!!!!!!!!!!!



 

 





3 ulasan:

the collector said...

kalah tak semestinya tewas...menang tak semesti berjaya....

khairul farhan said...

Betul. Kita terima kekalahan dengan redha. Perkuatka balik jentera pemuda dengan negeri. Kita tarik pengundi muda dengan memperjuangkan apa yang dikatakan masalah oleh orang muda. Contohnya harga rumah yang tinggi, gaji basic yang sikit. ini yang kita kena fokus

Salam

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Kekalahan itu adakalanya baik kerana kekalahan itu mengajar kita memperbaiki kelemahan dan berjuang dengan lebih gigih pada masa-masa akan datang.... mungkin disebalik kekalahan itu Allah ada perancangan yang lebih baik...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails