Maka apabila dibicarakan tentang tokoh-tokoh negara, dia pun berkata kepada saya.
“Pak Lah terlampau baik. Pemerintah mana boleh terlampau baik.” Katanya sambil memandang wajah saya tajam.
“Pemerintah perlu baik ikut Al-Quran dan Sunnah.” Jawap saya sambil membalas renungan matanya.
“Oklah. Oklah. Tapi bagi aku yang paling bijak Tun M. DS Najib pun tidak berapa. Kalau sekarang Tun yang masih memerintah belum tentu PR boleh dapat berapa empat, lima negeri itu hari.” Katanya yakin.
“Lima negeri tapi satu hilang secara kudeta bang!” Balas saya.
“Tulah! Kalau Tun belum tentu dia orang boleh menang.” Katanya lagi. Saya tersenyum mendengarnya.
“ Abang pernah baca tentang transformasi dan NKRA (National Resurt Key Area) yang dibawa oleh DS Najib dalam pentadbirannya sekarang.” Soal saya dan dia lambat menjawab dengan isyarat geleng kepala.
“Bang dalam NKRA, dasar-dasar tu semua bagus dan untuk rakyat. Cuma mata rantai pelaksana saja yang barangkali ada kelompongan. Dalam NKRA apa yang tidak bagus. Semua untuk kesejahteraan. Ok sekarang saya beritahu abang NKRA cantik ada aspek pendidikan berkualiti dan berkemampuan, mahu kurangkan indeks jenayah, tidak mahu rasuah, mahu kasi up taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, nak kasi majukan prasarana kampung dan nak kasi up pengangkutan awam…”
Dia terus mendengar.
“Apa yang tidak bagus. Semua bagus, Cuma pelaksanalah!. Cuma ada kelemahan sikit la. Orang yang paling hampir dengan DS Najib… tu abang fikir sendiri. Rakyat sekarang semua cerdik.”
“Yalah! Betullah tu! Tapi Tun lagi pandai!” Dia kembali memuja Tun M… dalam hujah yang tidak saya kesan faktanya.
“Abang pernah terfikir tak? Zaman Tun dengan DS Najib berbeza. Zaman ini maklumat cepat. Sukar untuk abang berbohong kepada rakyat. Kalau abang bohong pun rakyat tahu. Tun tidak lalu zaman macam ini. Zaman Tun media tradisional macam kitab la. Apa abang tulis kat surat khabar semua orang dah percaya. Sekarang tidak boleh. “ Dia terdiam lagi.
“DS Najib hadap zaman yang mencabar. PAS semakin kuat. Dulu tidak berapa. Maklumat tentang perjuangan parti-parti pembangkang, dulu tidak sampai dan terhad. Saya suka ambil satu contoh, Insyallah kalau Ibrahim Libya dibunuh pada zaman sekarang, saya rasa pemerintah sudah tumbang.” Dia terkebil-kebil memandang saya.
“ Ibrahim Libya sesat!” Balasnya pantas.
Saya beristighfar di dalam hati.
“Bang ayat pertama Allah turunkan tentang baca. Ini menunjukkan pentingnya membaca dalam hidup kita. Quran diturunkan pun untuk dibaca dan diamalkan. Mengambil tahu tentang apa yang Allah suruh dan apa yang Allah larang. Abang tuduh Ibrahim Libya macam itu, ada abang baca tentang arwahnya dari sudut lain tak. Maksud saya tentang mereka yang menyokong, jangan ambil maklumat sebelah pihak saja.”
“Itu yang abang tahu la.” Balasnya agak kendur.
“Ginilah abang! Maaf cakap! Abang dituduh main buntut! Saya cuma dengar dari pihak yang menuduh saja. Pihak abang yang nak bela diri, saya tidak mahu dengar! Boleh tak macam tu?”
“Eh! Mana boleh macam tu?” Cepat dia menjawab.
“Ya tak boleh. Saya mesti dengar dari kedua-dua pihak. Kalau saya mendengar sebelah pihak saja. Pertimbangan saya akan jadi tidak seimbang! Betul tak?” Saya menyoal semula dan dia perlahan-lahan menganggukkan kepala.
“Jadi tentang Ibrahim Libya tu, abang carilah maklumat lain selain maklumat sebelah pihak saja.” Dia diam lagi saya menyambung.
“Kalau abang kata tadi Tun M lebih bijak dari DS Najib. Bagi saya tidak juga. DS Najib orang yang ada idea. Cuma dia dapat duduk atas selepas UMNO menghadapi pelbagai krisis dan kerosakan. Lepas tu, macam saya cakap tadi sekarang ini kalau abang letak Tun, belum tentu. Maklumat banyak. Lepas tu cepat pulak tersebarnya. Selepas lebih 50 tahun BN memerintah negara kita, ini entah generasi yang ke berapa selepas merdeka. Semuanya dah celik, pandai IT, boleh berfikir, kalau abang letak sapa pun, cabarannya sama.”
“Eh! Tidak jugalah. Bagi abang Tun lagi cerdik!” Katanya seakan jelas tidak menyetujui.
“Terpulanglah bang! Tapi bagi saya setiap pemimpin melalui cabaran yang berbeza dan soal cerdik jahil ini sangat subjektif!”
Saya meneguk Nescafe dan bergerak meninggalkan café. Bergerak sambil memerhati langit Putrajaya yang tidak bezanya dengan langit di kampung saya. Tetap tinggi, berseni dan rahsia.
0 ulasan:
Post a Comment