Bagaimana mahu saya mulakan. Pun ini bukanlah mutlak betul berasaskan keperluan dan perancangan sekolah masing-masing. Pertanyaan ini datangnya melalui salah seorang rakan di FB, berkaitan perancangan startegik Pendidikan Khas. Apa yang tidak memerlukan perancangan, paling tidak kita akan membuat rangka perancangan itu di minda. Cuma untuk kaedah yang lebih tepat kita perlu menulisnya secara sistematik. Lazimnya perancangan yang hanya berpusat di minda, ada kalanya menjadikan kita terlupa tentang apa yang perlu dilaksanakan.
Stephen Covey melalui bukunya yang terlaris tentang pengurusan dan buku ini menerjah pasaran dunia dan pernah menjadi buku terlaris untuk firma-firma perniagaan di Jepun yang berjudul ’UTAMAKAN YANG UTAMA’ menyatakan setiap perancangan perlu dicatit dan mendahulukan perkara yang mustahak atau menjadi keutamaan. Di dalam buku ini dia menguji pembaca melalui situasi berikut:
Anda sedang menaip kertas kerja urusan pejabat, telefon anda berbunyi dan anak anda menangis. Cuba susun mengikut perkiraan akal anda. Tanpa berselindung Covey menggariskan jawapan:
1. Berhenti menulis kertas kerja dan melihat anak anda dahulu kerana tangisan anak biasanya menyebabkan anak dalam situasi samada lapar, kesakitan, perlukan sesuatu bantuan yang kritikal.
2. Menyambung menulis kertas kerja selesai.
3. Melihat telefon bimbit anda, kalau perlu menghubungi semula nombor yang menghubungi anda tadi.
Pun jawapan ini masih boleh diragui mengikut persepsi pemikiran kita. Cuba ingat sepanjang hidup anda berapa peratuskah panggilan yang anda terima menunjukkan situasi yang sangat mustahak berbanding perkara yang tidak menjadi keutamaan. Terpulang!
Menjawab soalan perancangan startegik memang semua guru Pk mahupun aliran perdana perlu menulisnya mengikut kesesuaian dan keutamaan berasaskan apa yang hendak kita targetkan untuk program yang diamanahkan bagi membangunkan potensi murid-murid PK mahupun infrastruktur PK.
Di sini saya bentangkan contoh yang pernah saya hasilkan. Pun seperti ayat kedua tulisan ini ’pun ini bukanlah mutlak betul’ kerana perancangan startegik PK perlu mengikut kesesuaian guru, murid, kelas dan program yang telah atau bakal anda wujudkan di program PK sekolah anda.
Bagi membantu rakan-rakan saya turunkan projek yang telah berjaya dilaksanakan dan harus difahami perancangan startegik bukan semata-mata program akademik PK. (mengikut apa yang diajar oleh guru) Usaha mewujudkan perpustakaan mini untuk Pendidikan Khas saya garapkan melalui menyerapkan program ke dalam matapelajaran Pertukangan Kayu (Kemahiran Hidup). Di mana RPI murid diukur melalui kebolehan mengecat, susun atur perabut, rak buku, membuat pemasangan rel langsir, menutup kayu plywood di bahagian atas pintu/tingkap perpustakaan apabila perpustakaan kami menerima alat penghawa dingin.
Secara mudahnya perancangan startegik mempunyai dua elemen iaitu; Pelan Tindakan/Taktikal dan Pelan Operasi.
Pelan Tindakan/Taktikal bolehlah dianggap visi (apa yang hendak dilaksanakan) berkaitan sesuatu projek melalui sesuatu subjek yang diajar manakala Pelan Operasi pula boleh dianggap misi iaitu bagaimana cara untuk melaksanakan program/projek sehingga berjaya.
PELAN TINDAKAN/TAKTIKAL
ISU STARTEGIK | 1. Penghasilan perpustakaan mini Pendidikan Khas |
MATLAMAT STRATEGIK | Memastikan murid-murid Pendidikan Khas dapat menikmati suasana bilik bacaan yang kondusif dan efisien |
INDIKATOR PETUNJUK PRESTASI | 1.1 Terhasilnya bilik perpustakaan mini Pendidikan Khas 1.2 Murid-murid Pendidikan Khas dapat meminjam, memulang dan membaca buku-buku perpustakaan mini tersebut |
OBJEKTIF | Memupuk minat membaca di kalangan murid-murid Pendidikan Khas |
STRATEGI | Meningkatkan keupayaan prestasi membaca di kalangan murid-murid Pendidikan Khas |
Bil | Tindakan/Program/ Projek | Pelaksana/ Tanggungjawab | Tempoh | Sumber(kos/ Manusia/Alat) | Output | KPI | Plan Kontigensi | Catatan |
1. | Perpustakaan Mini Pendidikan Khas | En. Zharulnizam Shah B. Zainal Abidin | Januari hingga Mac 2009 | LPBT Pend. Khas Sumbangan ahli parlimen dan DUN | Murid-murid P.Khas dapat suasana bilik bacaan yang kondusif | Terhasil perpustakaan mini |
PELAN OPERASI
Nama Program : Perpustakaan Mini Pendidikan Khas
Matlamat : Terhasilnya Perustakaan Mini Pendidikan Khas
Objektif Program : Murid-murid Pendidikan Khas dapat suasana bilik bacaan yang kondusif
Tarikh & Tempoh pelaksanaan : Januari hingga Mac 2009
Jawatankuasa Pelaksana & Senarai tugas : Lampiran
Kos Pelaksanaan : RM18,000.00
LANGKAH | PROSES KERJA | TANGGUNGJAWAB | TEMPOH | CATATAN |
1. | Mesyuarat makluman program - Ucapan Pengetua merangkap pengerusi - Makluman cara pelaksanaan - Hal-hal lain | Pengetua, GPK1, Guru Penyelaras Pend. Khas, Ketua Panitia, Guru-guru Pendidikan Khas | 1 hari Januari 2009 | |
2. | Pelaksanaan Program 2.1 Kesediaan fizikal 2.1.1 Mengecat bilik perpustakaan 2.1.2 Kemaskini tikar getah 2.1.3 Susun atur rak buku 2.1.4 Susun atur perabot 2.1.5 Memasang langsir 2.1.6 Susun atur meja bacaan 2.1.7 Susun atur kerusi 2.2. Kesediaan bahan 2.2.1 Menyediakan kira-kira 3500 naskah buku-buku bacaan pelbagai topik 2.2.2 Menyediakan kata-kata hikmat untuk ditampal di tempat yang bersesuaian 2.2.3 Menyediakan carta-carta yang berkaitan dengan budaya membaca sebagai motivasi 2.3 Sistem 2.3.1 Mewujudkan satu sistem pinjaman dan pemulangan buku yang sistematik. 2.3.2 Memastikan setiap buku dicap ’Unit Pendidikan Khas SMK Gemereh’ pada muka surat 9. 2.3.4 Memastikan wujud tempoh yang ditetapkan untuk pemulangan bagi setiap buku yang dipinjam. 2.4 Pengoperasian 2.4.1 Memastikan murid-murid dapat menggunakan semua kemudahan yang disediakan. ( Buku-buku, carta-carta, akhbar-akhbar, majalah-majalah) 2.4.2 Memastikan operasi peminjaman dan pemulangan mengikut piawaian yang telah ditetapkan | Semua AJK yang terlibat. | Febuari hingga Mac Sepanjang tahun | |
3. | Penilaian 3.1 Menilai segala kelemahan daripada pelbagai aspek; keceriaan, sistem dan pengoperasian | Penyelaras Program, AJK Program | Julai hingga Oktober |
Semuga perkongsian ini dapat menjawab soalan para sahabat yang memerlukan contoh perancangan startegik. Untuk mendapatkan contoh akademik PK bagi matapelajaran BM, sila hubungi saya melalui FB ‘Pujangga Seni’ dan tinggalkan mesej dan alamat email. Kepada sahabat-sahabat yang belum memperolehi buku KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS juga masih boleh menghubungi saya melalui cara yang sama meninggalkan mesej melalui FB nama dan alamat penuh untuk diposkan. Kos termasuk pos RM17 semenanjung Malaysia dan RM18 Sabah/Sarawak.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan Pendidikan Khas di seluruh tanah air. Berjumpa lagi. Insyallah!
17 ulasan:
tahniah tuan
Tahniah kerana usaha tuan membantu sesama rakan... Saya kagumi guru-guru pendidikan khas kerana mereka merupakan guru-guru yang tabah dan berdedikasi... sila beri tunjuk ajar...
salute pada mereka yang mendidik kanak-kanak istimewa sbb memerlukan pengorbanan yang tinggi
Cikgu, bagaimana saya boleh dapatkan buku tulisan cikgu nie.. cari di kedai buku tak jumpa pula. boleh beli cara online ke
tq saya nak tiru perancangan strategik sek cikgu ni...
tqvm cikgu....akhirnya dapat jugak panduan nih..terima kasih sekali lagi...sy copy yer..mohon di halalkan..
:-)
tqvm cikgu...sy copy yer...terima kasih sekali lagi...semoga dimurahkan rezeki...amin....
tahniah atas kesungguhan cikgu....hanya Allah shj yang dapat membalasnya...minta dihalalkan segala bahan yang diambil...
mohon share contoh pelan tindakan..terima kasih
saya mohon share...terima kasih
Mohon share tuan. Terima kasih.
Salam cikgu...saya mohon copy yer untuk dijadikan panduan...minta dihalalkan ilmu ini..
mohon syer tuan.. tq
Salam cikgu...saya mohon copy ye...terima kasih atas perkongsian ini dan minta halalkan ilmu ini ye..
Assalam cikgu ..saya baru memasuki bidang pendidikan khas ini, saya begitu tertarik dan berminat sekali untuk belajar dan mencari ilmu dalam bidang ini demi untuk meningkatkatkan pencapaian murid saya dari segi pembelajaran mahupun tingkah laku mereka. Maklum sebelum ini saya berada di arus perdana sekian lama tetapi bila diberkan kepercayaan untuk menarukan PPKI saya amatlah berharap untuk berkongsi ilmu penngetahuan dan pengalaman dalam mendidik anak-anak istimewa ini...mohon dihalalkan untuk saya mencedok ilmu yang cikgu curahkan di sinihanya Allah yang membalas jasa baik cikgu ..syukran jazila..
Di mana boleh saya dapatkan Buku Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Khas
terima kasih tuan atas perkongsian.mohon saya share ilmu ni
Post a Comment