Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Wednesday, January 2, 2013

SIRI 1 KEMBARA MEMALI ( Menggali kebenaran yang ditimbus)


Perjalanan Ke Parit Panjang


20 Disember 2012, kami tinggalkan Putrajaya jam 6.45 pagi menuju ke Parit Panjang. Misinya ingin melihat, memburu, mencari;
a.      Pusara As Syahid Ibrahim Libya dan pengikutnya.
b.  Mencari mangsa yang terlibat dan masih hidup bagi mendapatkan maklumat secara lisan dna bertentang mata.
c.   Mengumpul fakta dari masyarakat setempat dan sezaman dengan tragedi berdarah Memali
d.  Menemui Tuan-tuan Guru Pondok yang berada di daerah Baling, Sik dan kawasan sekitarnya.
Menuju ke Parit Panjang, berdasarkan segala maklumat yang dikumpul, paling sesuai kami keluar lebuhraya Kuala Kangsar dan menuju ke Parit Panjang melalui jalan ke arah Grik.
Sesudah beberapa kali berhenti dan bertanyakan penduduk kampung, kami akhirnya sampai di Parit Panjang kira-kira pukul 1.52 petang. Berdekatan bulatan besar dan ada stesen minyak Petronas (Jika anda pernah sampai ke sini, pasti anda tahu keadaan ini). Saya berhenti di tepi jalan, menahan seorang anak muda lengkap berserban  menaiki motosikal. Saya memperkenalkan diri  dan anak muda itu bernama Abdullah Umai. Dia akhirnya menunjukkan pusara As Syahid Ibrahim Libya
Penulis bersama Abdullah Umai
Bawah rimbunan pokok bunga yang besar dan kawasan berpagar itulah pusara mangsa Tragedi Memali


Kami sekeluarga ke pusara As Syahid Ibrahim Libya. Perasaan saya bercampur baur. Tiada perkataan untuk digambarkan dan tiada warna dapat diukiskan
 Ketika anak-anak sibuk bertanya
“Abah! Ramai nie! Mana As Syahid Ibrahim Libya?!” 
Setiap nesan berpenghuni Tragedi Memali, 13 jasad disemadikan di sini

Saya tidak ada jawapan kerana saya sendiri tidak mengetahui mana satu nesan As Syahid Ibrahim Libya. Bertafakur, menghadiahkan Al-Fatihah dan sedikit ayat-ayat suci Al-Quran yang lain.
Dalam fikiran saya, ada banyak benda tetapi tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Sementara soalan anak-anak tidak berjawab. Saya mengira jumlah nesan yang disemadikan sebaris itu; hanya 13 sahaja. Sedangkan mangsa yang terbunuh di pihak pengikut As Syahid Ibrahim Libya, jumlahnya seramai 14. Mana perginya satu mangsa lagi, di mana di kebumikan?.
Catatan awal dari maklumat Kak Ana

Kami makan nasi di kedai makan depan Petronas Parit Panjang. Melihatkan kami sekeluarga sebagai orang luar. Ianya jelas dari segi gaya bahasa dan loghat. Saya anak Johor dan isteri anak Selangor. Pemilik kedai bernama Kak Ana begitu meriah melayan kami sekeluarga. Sementara saya juga menunggu kedatangan  Ustaz Fakhrulrazi (Individu yang diberikan nombornya oleh Ustaz Sukiman bagi memudahkan perjalanan) 
Berdekatan kedai Kak Ana ada Masjid Tuan Guru Omar Zuhdi dan sebuah Maahad Tahfiz
Kak Ana

Manakala mendengar kedatangan kami bertujuan menziarah pusara As Syahid Ibrahim Libya, Kak Ana juga riuh bercerita. Antara kenyataan yang diberikan:
“Sini orang tau! Hak keluaq tv tu, semua tipu!. Saya ada saudara yang keja pasukan keselamatan. Dia masa tu jadi driver …… jadi masa tu bawak lori pasukan.., dia bawa. Sekarang taubat dah! Ikut PAS!” Saya mendengar kenyataan Kak Ana dengan teliti dan kemudian mencatatnya.    
            Pun demikian apabila bercakap tentang kekuatan PAS d sini. Ianya memang agak selesa. Sepanjang jalan utama menuju ke Parit Panjang, bulan putih berkibar megah di sepanjang jalan. Saya haqqul yakin “mana tanah pernah basah darah syuhada, di situ Islam akan menang!”
Insya allah!
Bertemu SIRI 2 KEMBARA MEMALI (Menggali kebenaran yang tertimbus)
-          Siapakah  Yang memujuk As Syahid Ibrahim Libya menyerahkan senjata dan senjata apakah yang dimiliki oleh As Syahid Ibrahim Libya?.   

5 ulasan:

MaredEye said...

yes!!! ana yg pertama

Pena Khalifah said...

Segala puji bg Allah, best saya baca kisah pengembaraan abg nie...cepat2 update.x sabo plak nk baca lg nie..

author faethal said...

As-Salam Tuan,

Subhanallah, jika ada kesempatan ana juga nak jejak kaki ke Memali. Kalau tahu tuan nak pergi, rasanya hendak juga turut serta sekali.

Apapun mohon izin tuan untuk ulang siar entri ini di blog ana. Pautan ke entri ini turut disertakan.

Anonymous said...

menjadi seorang anggota keselamatan. kami terikat dengan arahan pihak atasan...kepada mereka yang lemah iman, pasti perkara yang dilarang akan dilakukan tanpa difikir DOSA dan PAHALA. Peristiwa Memali adalah contoh bahawa anggota keselamatan dikerah,diarah,diperintah agar mengikuti segala arahan. ENGKAR!!!!! pasti kami mendapat balasan..oleh kerana kami yg memiliki iman yg lemah, jiwa yg gelisah terpaksa menuruti segala arahan yg dikeluarkan samada ia baik atau buruk...teruskan penulisan anda agar ia menjadi 1 informasi yg baik utk diketahui oleh anak muda skrg....TAKBIRRR... ALAHHUAKBAR

Zharulnizam Shah ZA said...

As Salam author faethal.

Alhamdulilah! silakan.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails