Pages

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN RASUL-NYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI

PERINGATAN;

SILATURAHIM DAN PERSAHABATAN LEBIH BERNILAI BERBANDING IDEOLOGI POLITIK

Saturday, July 16, 2011

SAMAN IBUBAPA MURID KEPADA SAYA..........

Segala Puji Bagi Allah dan Rasul-NYA........

            Kepulangan saya ke tanah Segamat ketika malam mula menyerkup alam tanggal 15 Julai 2011 disambut isteri dan anak-anak penuh kerinduan. Perasaan itu selari dengan apa yang ada di dalam jiwa saya.
            Ketika menikmati  nescafe, isteri memaklumkan ada sepucuk surat untuk saya. Hati saya berdebar apabila sampul putih itu tertera URUSAN SERI PADUKA BAGINDA dan dibucu kanan tertera PEJABAT PENASIHAT UNDANG UNDANG NEGERI JOHOR beserta alamatnya. Ya Rabb! Khabar apakah ini?
            Saya buka dan telaah isinya. Ianya ada kaitan dengan (klik di sini). Kes di Mahkamah Majistret  Kluang selesai. Realitinya saya masih berhadapan dengan satu kes lain iaitu saman ibubapa 2 orang murid yang meninggal dunia dalam kes tersebut.
            Kes ini adalah satu kes lain yang berkaitan juga dengan kes pendakwaan. di  Mahkamah  Kluang  itu Lengkap tajuknya siapa lawan siapa dan di Mahkamah Sesyen Segamat. Sudah beberapa tahun saman ini berlangsung di mana peguam pihak ibubapa murid yang meninggal dunia tersebut meletakkan nama saya sebagai defendan pertama, isteri saya; pemilik kereta (defendan kedua), Jabatan Pelajaran Johor (defendan ketiga) dan kerajaan Malaysia (defendan keempat).
            Saya tidak ada perkataan mahu diluahkan selain puji dan syukur kepada Allah. Saya salinkan semula perenggan kedua isi surat tersebut;

” Sila pihak tuan ambil makluman bahawa kes di atas telah selesai. Dengan itu, fail di Kamar ini ditutup.”

Selepas catatan terima kasih, muncul pula BERKHIDMAT UNTUK NEGARA, Saya yang menurut perintah  dan  ditandatangan oleh;
Noor Jasreena Binti Jasman
 -Peguam Persekutuan Johor,
b.p Peguam Negara Malaysia    

            Ini beerti kes kemalangan jalanraya yang saya lalui bertahun telah selesai sepenuhnya termasuklah kes saman daripada ibubapa ini.

Dengan rendah diri saya mengucapkan syukur kepada Allah dan terima kasih kepada:
semua guru, rakan-rakan penulis
sahabat-sahabat baik daripada sekolah manapun,
guru-guru Pendidikan Khas
guru-guru aliran perdana,
seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak,
baik daripada parti politik mana pun,
baik daripada bangsa apa pun,
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK),
peguam kerajaan Malaysia,
yang bersama saya samada bertemu atau tidak,
yang jauh dan dekat,
yang memberi sokongan melalui ’maya siber’
doa-doa yang dipohon kepada Allah
dan semua
                        semua
                                                semua....
yang bersama samada secara langsung dan tidak langsung..........

Allahuakbar!
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!!!!!!

(Ya Rabb! Mengapakah aku menjadi lelaki yang mudah menangis merentasi ujian yang telah pun Engkau sempurnakan dengan sebaik-baiknya untuk aku dan seluruh keluargaku)

7 ulasan:

Ateh Salim said...

Alhamdulillah. Segala baik dan buruk itu datangnya dari Allah Yang Maha Agung !

Ros Illiyyuun said...

Assalamualaikum

Alhamdulillah..."Sesungguhnya beserta kesusahan itu adalah kemudahan"

cik mas said...

alhamdulillah.... sesungguh ALlah berada bersama orang2 yang benar :)

cikguNae said...

Alhamdulillah... :-)
Sesungguhnya perancanganNYA adalah yang terbaik...

author faethal said...

Syukur ke hadrat Illahi di atas rahmatnya ke atas Tuan di dalam bulan Syaaban yang mulia ini. Moga malam Nisfu Syaaban ini memberikan 'erti' yang lebih bermakna dalam catatan perjalanan hidup tuan. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang Sabar.

Cikgu Badar said...

bersabarlah cikgu..

ameen ptn said...

Dugaan akan pasti datang tidak kira masa...yang penting bagaimana kita menghadapinya ...... gunakanlah pengalaman yang telah dilalui itu bg mematangkan lagi pengalaman hidup didunia agar dapat menikmati kemanisan iman ....... utk bekalan ke akhirat insyAllah ... aminnnn

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails